Thursday, February 19, 2009

kepentingan

adakah kita berkawan ngan seseorg krn kepentingan tertentu..
hmm..entahla..
bile kite akn terbitkan keikhlsn ble berkwn?
sekiranya kwn kite tu da x de kpntingan lg, kita akn tingglkan dia????
tinggalkan dia keseorgn, kesepian..
begitu ke????
sy hanya tersentak skit ble dgr cm2..
maknanya bile kami da abis blaja nnt, dia x perlu berkwn lgi ngn sy???
ape gunanya pengalaman dan kenangan kami sewaktu blaja??
entahla.. aku masih x phm sifat manusia sprti ini..

Saturday, February 14, 2009

PENGALAMAN

pangalaman yang mendewasakan kita.
stiap orang ada pngalaman masing2.

bersambung.......

Friday, February 13, 2009

meNTari

siang malam, kita sring perhatikan langit..
langit yg biru dan adakalanya menjadi kehitaman apabila hr hendak ujan..
dlm kejadian alam ini, mmg menakjubkan..
bulan, bintang, matahai dan berbagai lagi yang dapat kte prhatikan di langit.
kte kna sdr dan bersyukur atas ape juga yg Allah kurniakan dalam hidup ini..
baik dri sendiri mahupn alm ini..

pabila kte perhatikan di langit, cuaca cerah shj..
tapi jangan kte sgkakan, ptg xkn ujan..
sama seperti hidup kita..
kita akan rasa bosan sekiranya stiap hari kita mlalui prkara yang sama..
cuba kte buat sesuatu yang agak brbeza untuk hr ini, krana x mustahil itu akn mendtgkan kelainan dlm hidup kita hr ini..

KENANGAN

setiap orng ada kenangn yang tersendiri..
baik yang menggembirakan atau menduka citakan..
tapi, kita kna ingat,
adakalanya kenangan itu kelak akan kita ingati apabila kita tiada lagi measa keadaan begitu.
jadi, hargailah kenangan atau pengalaman yang kita dapat, baik di mana saja kita berada..

PESANAN DARI SEORANG TEMAN

Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail...hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...Jika kamu menadah air biarlah berpada...jangan terlalu mengharap pada takungannya...dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu...Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...akhirnya ia dibuang...sedangkan jika kamu cuba membaikinya...mungkin ia masih boleh digunakan lagi...Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya...dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...anggaplah dia manusia biasa...Apabila sekali dia melakukan kesilapan...bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...Sedangkan jika kamu memaafkannya...boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu...Mengenyangkan. Berkhasiat...Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...Terlalu ingin mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...Kamu akan menyesal...Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...Menyayangimu. Mengasihimu...Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...Terlalu mengejar kesempurnaan...Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain....Kamu juga yang akan menyesal...

UJIAN

Apa sebenarnya ujian
Kenapa kita perlu hadapinya
Kenapa perlu kita laluinya
Kenapa kita perlu mengharunginya

Kita perlu tabah apabila berhadapan dengan ujian
Perlu melaluinya dengan tenang dan sabar
Jangan rasakan ujian itu sebagai satu beban
Walau sebesar atau sekecil mana ujian itu

Hidup tanpa ujian
Sebenarnya amat membosankan
Tiada perkara untuk di selesaikan
Tiada perkara untuk dihadapi

Tapi adakalanya bila ujian datang bertimpa
Kita jadi keluh kesah,kelam kabut untuk menghadapinya
Tapi sepatutnya,
laluilah ia dengan penuh redha
dengan penuh kesedaran dan keinsafan dari hati seorang mukmin

CINTA

Apa maksud cinta yang sebenarnya
Adakah hanya bersandarkan pada kata-kata atau
Pada bicara yang memukau jiwa
Atau ianya terletak pada hati yang tulus ikhlas???

Bila bicara tentang cinta,
Ramai yang salah menafsirnya
Ramai yang menganggap cinta itu buta
Cinta itu tidak buta tapi
Orang yang bercinta itu yang menjadikan cinta itu buta
Buta daripada segala-galanya

Ia menyangkakan cinta itu adalah segala-galanya
Sdgkan ia lupa, walaupun bercinta,
Kita masih memerlukan ALLAH,keluarga dan kawan2
Bukan hanya bergantung sepenuhnya pada kekasih

Adakalanya cinta itu akan memakan diri
Jika tidak pandai mengawalnya
Cinta tidak perlu menyerahkan segalanya
Mahupun wang ataupun harga diri

Kita juga jangan lupa cinta pada TUHAN
Tunaikan segala perintahnya dan jauhi segala larangannya
Jangan kita hanya cintakan duniawi semata-mata
Sehingga lupa amalan yang akan di bawa kesana